Nuffnang Ads

Wednesday, 24 September 2014

HELLO lamanya...!

Berhabuk berdebu dah blog ni. Lamanya tak update status kan...??? Fuh fuh fuh!! Hehe

Sekarang ni dah di ambang raya haji pulak ye.. Tak lama lagi PurpleSpring akan buat SALE lagi!!! 

Jangan lupa, coz sales ni jarang2 ada K. 

K bye lovely....c u soon 

Friday, 12 September 2014

JOM SHOPPING!!!

JOM SHOPPING DI PURPLE SPRING. KAMI DAH TAMBAH PRODUK BARU NI. MENGISI RUANGAN CLOTHING DENGAN DRESS, JUBAH DAN BAJU KURUNG. BOLEH TENGOK DI PAGE CLOTHING. JUGA IKUT PERKEMBANGAN KAMI DI FACEBOOK: https://www.facebook.com/pages/PurpleSpring-Mall/233277740143223





NAK AMBIL UPAH MENDOBI LA MACAM NIIII..... HAHAHAH

Perhatikan betul2 gambar di bawahhhhh......


WOOOWWWEEEE, hantar 2 carpet, tapi dapat resit dengan figure kat bawah... aduuududuuuu.... nak gugur jantung dennnn!!! terus licin duit dalam purse.. huhu. 

Beli carpet baru satu pun boleh ni... nak nangessss!!! 

Kalau tau aiii basuh sendiri.. uhukkksss....



ok sekian laporan hari ni.... kejadian ni berlaku 2/3 hari lepas, baru lepas shocked relief. hehe. 

Wednesday, 3 September 2014

Rindu Nak Masuk Ofis

Tetiba pagi ni aku teringat balik time aku bekerja dulu. Rindu ke rindu? memang rindu nak masuk ofis, pepagi bangun terus kelam kelibut, drive, jam lagi, masuk kawasan kilang je terus marathon la nak kejar punch card. hehehe!!! percaya? still pakai punch card AMANO yang ketak ketuk tu, pas tu kalau nak habis dakwat kena refill riben baru. hahaha.... sweet sangat... 


Lepas je grade 2005, aku tanam anggur lama jugak, konon nak rehat dulu la sebab penat belajar, lepas tu baru la tau nak carik keja n nak tunggu jawapan dari majikan ni lama proses die. so bila dah tanam anggur dekat nak 6 bulan, aku dah mula gelabah.  so last2 aku keja sebagai telemarketing di TTDI. keja aku telefon orang, bagi insuran percuma dan jual insuran. kalau ada yang mengena dapat la komisen. silap haribulan ada jugak customer yang aku call tu marah2 sebabnya dorang ingat ini scam punya call. ada jugak customer yang tk reti bahasa kebangsaan aku lak tk reti bahasa lain. huhuh. so akhirnya macam ayam dengan itik yang bercakap. hahaha. Supervisor pasang telinga bila kita call customer untuk verify kita punya prestasi n also tolong nak close deal. tapi aku keja tak lama. dalam beberapa bulan. lagipun dah dapat interview dari PROTON so aku resign. haaa amik baru interview dah verangan macam dapat keja kat proton tu. Satu sebab utama aku berhenti telemarketing ni sebab aku rasa mcam dah jadi pita rakaman pulak, dialog yang sama, 5 hari seminggu, 8 jam sehari!!!! nak tido pun aku leh rehearse skrip tu, tido leh mimpi2 skrip. doooohhhh rasa macam nak sewel pun ada. hehehe!!!

akhirnya aku tanam anggur lagi.......

bila dah tanam anggur, jadi rasa kecewa la, rasa hidup ni tk bermakna lagi so aku nak balik kampung je la.. SIBU. hehehe!!! Sadis tak kengkawannnnnn... hahahah. cissss

Sebelum balik kampung tu, member satu U dulu tolong aku untuk interview di MMHE, Pasir Gudang. Terima Kasih Yusliza Ismail!!! jadi lepas beberapa hari interview balik la Swak, kampung aku. balik tanam jagung pulakkkk. heheheh

ingat lagi time bulan puasa dekat nak raya.... 2006

time puasa ada lagi phone interview ngan Oil n Gas comp dari pasir gudang jugak. tapi mamat yang interview aku tu hampeh jeee. geram aku. adakah patut die kata aku ni reka cerita pas tu nasihat aku ckp jgn tipu di bulan puasa. tak caya sudah la, next time tk payah nak interview dalam telepon kan...... Tapi yang peliknya, aku layak untuk 2nd interview pulak. cehhhh sebabkan time tu ikutkan hati remaja, aku tolak offer tu. Melagak nak MAmmmpp ko yeee. hahaha... 

Alhamdullillah rezeki di bulan puasa agaknya, aku dapat offer dari PROTON n MMHE sekaligus. Masa tu dah tak tau nak pilih mana satu pulak. Ada yang kata jangan amik PROTON sbb masa tu PROTON ada problem nanti kena buang keja. MMHE pulak jauh ke Pasir Gudang. Last2 aku terpaksa tolak MMHE n amik PROTON sebab PROTON masa tu under Khazanah jadi aku confident. 

Masuk je PROTON aku keja di Casting. Masuk berdua dengan amoi. syokla ada kawan. sekali hari kedua amoi tu kena transfer lak. Manager kata amoi tu terlalu ladies sangat nak keja casting ni. aku ni nampak tough... umangaiiiii.... apakaahhh iniii... hahahah... Casting ni tempat buat Raw Cast engine block kereta. jadi banyak debu2 besi... semua lelaki. aku keja bahagian maintenance, lagila aku sorang je perempuan... Zaman tu exec perempuan di kilang ni ada 3 je, aku, saniah n airin. sebab tu la kami bertiga rapat sampai sekarang. yang lain adalah perempuan tapi bahagian admin. 

Paling aku terkejut bila ada yang bagitau, dalam keseluruhan PROTON ni akulah satu2 nya perempuan di bahagian maintenance. lepas setahun dua ada sorang perempuan masuk maintenance tapi tak lama dah resign. tinggal aku sorang balik. bukan nak POYO sangat, tapi aku rasa aku patut rasa bangga dengan diri sendiri kerana boleh bertahan di casting ni. Tapi cabaran pun besar bila seorang perempuan bekerja di bahagian maintenance ni, sebab kata2 arahan dari kita ni orang mudah ambik enteng je. maklum kita ni perempuan dan baru lagi so dorang sambil lewa je. tapi ada aku peduli???!!! NO NO, jangan peduli, buat pening kapla ja. bila telepon vendor je semua sambil lewa n tak percaya aku ni handle maintenance. dah beberapa kali kena call n sometimes kena gertak ngan aku baru la nak mellow down kannnnn.... 

Kadang2 rasa nak give jugak keja maintenance sebab maintenance macam punching bag kilang ni, kilang lak dah tua so macam2 masalah nak kena tackle. lagi pulak big boss suka aim n hentam aku. masa pregnant Anas pun aku aktif buat keja. Pregnant 5 bulan aku panjat tangga monyet nak naik ke bumbung paling atas kilang ni. time 7 bulan pulak panjat bumbung lagi tapi rendah sikit n tak de tangga monyet, nak tengok cooling tower. Patut la Anas ni sangat tough... hehehe. Tiap hari p keja kena jalan jauh dari parking nak masuk ofis, pastu kena naik tangga tinggi 3 tingkat untuk masuk ofis... memang mudah la nak bersalin orang kata. exercise setiap hari dah. bengkak2 kaki aku di trimester tu. sedar tak sedar dah 4thn aku keja di casting. 


lepas tu aku mintak tukar ke GP department. Dept ni aku tak tau menda pun. tapi dengan azam dan perasankan diri ni cepat pick-up, so teruskan jugak sbb tak nak masuk casting lagi. hehehehe... Casting tempat yang bagus dan banyak ilmu yang berguna dan bermanfaat aku belajar dari situ, tapi kuar bukan sebab casting. biarlah rahsiaaa... hehehe

cukup 2 tahun aku d GP aku berhenti. Memang rezeki aku tertulis bukan di GP selamanya. Kerana dah diberikan tanda2 kecil aku tak sedar lagi. sekali didatangkan dengan ujian yang amat berat aku rasa sepanjang aku bekerja, aku anggap itu adalah tandanya aku kena berhenti jugak dari PROTON dan bekerja di tempat lain. 

Cukup sedih bila aku nak ingat balik apa yang terjadi. sedih sangat kenapa ada yang sanggup mengkambing hitamkan aku dan saniah dan kenapa aku dianiaya mcm tu. Di GP aku kenal realiti sebenar kehidupan. di casting aku hidup dalam fairy tales lagi... Di GP aku jumpa pelbagai manusia. yang berpura2 sebagai manusia pun ada. 

Alhamdulillah walaupun ujian tu berat tapi rupanya ada rahmat disebaliknya. Hari aku dianiaya, aku terus dapat phone call untuk datang interview. Rezeki Allah yang tentukan, aku dapat keja di SCANIA pulak. tak sangka secepat tu Allah gantikan untuk aku... Syukur sangat.... 

Kerja di SCANIA cukup setahun aku berhenti kerana nak ikut En Daus transfer ke Miri. so now im in Miri, sebagai surirumah pulak... buat biz online sikit. Semoga Allah terus memberi rezeki kepada kami sekeluarga... AMIN....

Lesson of the day:
* jangan biarkan diri hanyut dengan perasaan down je sbb kerja, kena tanamkan niat di hati kita, i.e; cari rezeki untuk anak ke, untuk isteri ke, nak balas budi parents ke. kalau rasa down ingat balik ape niat kita n reflectkan negative thought kita dengan positive thinking, sekaligus boleh motivate kita balik. 
* kadang2 sikap ignorance tu penting, tapi jangan totally ignorance. hanya pada perkara yang memberi aura negative je kat kita yg ptt kita ignore. 
* carik buddy untuk kita berkongsi masalah. dinasihatkan buddy yang sama jantina ye, takut nanti dari nak berkongsi masalah jadi masalah pulak. hehehe. paham2 la ye.. 
* yang penting buat keja dengan ikhlas dan sebab nak carik rezeki yang halal dan berkat. 
* kita nampak orang tu tk kuat keja tapi gaji n increment lebih dari kita, jangan cepat melatah tapi kita audit diri kita dulu. huhuhu. ketidakpuasan hati itu sentiasa ujud dlm diri kita manusia. 
*Last but most important is redha, doa, ikhlas, bersangka baik dan jgan amik port dlm hal ehwal mengumpat nanti dapat 'saham' terlebih.... nak ke nak???? hhehehe





Monday, 1 September 2014

BERSYUKURLAHHH.... Syukur Alhamdulillah patutnya diucapkan

Menurut alkisah pengalaman hidup dan tuntutan ilmu sepanjang bernafas di muka bumi ini, segala apa yang kita dapat kita kenala berasa syukur. Syukur sesyukurnya kepada Maha Pencipta, atas pemberianNya, nikmat hidup dan rezeki yang kita dapat. 

Benda free adalah sesuatu yang menggembirakan dan yang kita suka. Berterima kasih dan bersyukur seadanya adalah yg terbaik, tak usah la kita demanding lagi. Pemberi terasa tertekan pulak dengan demanding awak tu... 

ALKISAH.... 
Maka, akan terjadila ketidakikhlasan di hati si pemberi itu tadi... Sehingga kan demanding itu boleh menjadi satu beban pulak kepada si pemberi. Alangkah sedihnya hati sipemberi itu tadi... Maka bebekaslah hati sipemberi.. Dengan anggapan, adakah tak cukup yg aku beri? Adakah pemberian aku tu tk bermakna lagi? Tak cukup mahal agaknye? 


Setiap pemberian seakan2 dibandingkan dengan sgala yang menjadi hak milik sipemberi tadi. Tidak cukup/setanding dengan barang hak milik sipemberi, maka si'demanding' demanding lagi... 

Dengan segala kudrat yang ada, maka berdoala sipemberi agar si'demanding' tadi diberi kesedaran harta benda bukanla yg utama. Supaya pandangan mata berubah dari mata duitan menjadi mata yang normal balik... 

Dengan hati yang gundah gulana memikirkan ekonomi yang tidak stabil, maka diturutkan juga... Hak milik yang disukai pun dilepaskan hak pemilikan. Hehe. Ketawa didalam duka... 

Kedatangan disambut dengan harapan ada segunung emas yang dibawa bukan kerinduan yang membuak2. 

Lesson of the day: 
*sabarlah wahai hati
*moga ada hikmah disebalik kesakitan hati ini.
*berubah dan agar sedar akan kesilapan sendiri
*keep in mind supaya jangan meminta2 
*bersyukur lah dengan apa yang ada
*terima lah pemberian dengan hati terbuka, ikhlas, senyum dan berterima kasih.