Nuffnang Ads

Tuesday, 15 September 2015

BUKU: KEMBARA SYRIA

Minggu ini pause dulu pasal kucing. hehe. Dalam proses mengumpul video terkini kucing. Nak ambil video kucing berlari tak dapat lagi. Time lari tak ada pulak kamera di tangan. Lari berdesup laju pulak tu. 

Minggu ni nak cerita pasal buku. Sekarang nak memastikan di dalam setahun at least ada 2 buku yang dibaca. Better starts now then never kan... 

So far baru aje habiskan satu buku. BM. 2 buku, jadi kena even la, 1 buku BM, 1 BI. Ooo 2 bahasa ni je la rasanya boleh paham sesikit sebanyak kan. hehehe. 

Ni nak review sikit pasal buku yang baru habis baca: 

KEMBARA SYRIA MENGEJAR BISIKAN BIDADARI




Start baca 23 Ogos 2015, habis pada 1 September 2015. 
Tebal mukasurat: 541 muka. 

Kalau tengok tempoh baca sekejap aje kan sebab gaya bahasa yang menarik rasa nak baca dan baca lagi sampai habis. Juga cerita yang santai dan terasa dekat di hati seolah-olah kita berada bersama penulis. 

Cerita berkisar mengenai pengembaraan penulis ke Syria ketika peperangan masih rancak yang telah berlarutan beberapa tahun di Syria, bumi Syam. 

Kenapa saya tertarik dengan buku ini bila ternampak di kedai? Sebab saya sedang mencari Kebenaran. Kebenaran apa tu? Kebenaran apakah sebabnya perang Syria ini terjadi. Selama ini bila kita tengok berita-berita utama baik dalam mahupun luar negara, asyik-asyik dimomokkan dengan istilah ISIS or ISIL. Tapi sebenarnya kita pun tak paham dan tak jelas sebenarnya, betul tak? Selepas membaca buku ini, saya lebih jelas mengenai peparangan ini dan bagaimanakah keadaan Syria sebenarnya. 

Memang benarla pepatah mengatakan bahawa 'Mata pena itu adalah lebih tajam daripada mata pedang'. Betapa kita mempercayai apa yang tertulis dikarang dan dibaca oleh kita. Mungkin dulu buku sekarang ni lebih popular FB la kan. Walaupun bukan semuanya di FB tu betul, mungkin fitnah?tapi kita percaya? So lebih baik baca buku sebab ada editor dan dari penerbit yang sahih/dipercayai. :)

Serius nampak?! Memang berbunyi serius kerana serius anda harus baca buku ini kalau anda tidak jelas mengenai isu-isu yang terjadi di Syria kini. 

Sipnosis buku ini uols semua boleh tengok dalam gamba tu k. 

Dalam buku ini juga ada beberapa quotes yang saya suka yang ingin saya kongsikan bersama uols hari ini: 

"Kelihatannya dunia ini seperti tidak adil apabila semua kuasa-kuasa besar tidak mampu untuk menghentikan peperangan ini. Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui hikmah ini. Mereka ini walaupun terseksa kehidupan mereka, sifat redha kepada takdir ALLAH begitu menebal dalam hati mereka."

"  Perjalanan ini memang perjalanan menuju kematian. Syahid yang diidam-idamkan oleh banyak insan. Setiap apa yang berlaku tidak menggoyahkan iman. Malah setiap saat ia memperbaharui iman. Perjalanan di bumi jihad ini masih panjang. Jikalau ditakdirkan ALLAH syahid di bumi ini pun saya telah lama redha, iaitu sejak menekadkan diri membuat keputusan menyertai pasukan misi ini." 

" Dalam keadaan sekarang, berbicara dengan ALLAH suatu yang paling baik. Walaupun connection internet telah terputus, tetapi connection dengan ALLAH SWT tidak akan pernah terputus. ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

" Peperangan di Syria ini merupakan satu malapetaka. Kemusnahan di sini ialah sesuatu yang sukar untuk saya terima, tetapi saya lebih sukar menerima kemusnahan generasi akibat kemusnahan masjid, sekolah dan universiti sebagai tempat untuk membina modal insan dan membina intelektual insan." 


Enjoy uols... Jangan lupa beli. 
Jangan hanya meneka atas isu-isu yang kita tidak pasti, carila sumber-sumber yang sahih k. 


Till we meet again, 
PEEDA :) 














Wednesday, 9 September 2015

Wheelchair untuk Kucing

Salam dan hi semua,
Hari ni dah hari ke -21. Cerita pasal kucing or kita panggil Jebat jela kan...

Hari ni Jebat majuk la. heheh. Sebab hari ni bagi mandi pastu urut-urut kaki dia lama sikit so hari ni sakit lebih sikit dari hari-hari biasa tak. hehe.

So dari lepas mandi, duduk kat corner ngan patung buaya sampai la pukul 5pm kitorang balik dari library, lebih kurang 3 jam kot Jebat masih lagi kat situ. adehhh memang sungguh aih majuk nya.

Malam ni nampak die lari tau!!! Memang laju betol la. Macam normal aje lari. Tak sangka Jebat leh lari selaju itu, next time plan nak ambik video Jebat lari lelaju macam tadi. Malam ni main bola ngan anas. Anas gumpal kertas baling kat Jebat sepak ngan kaki depan. Malam ni rasanya Jebat paling active. Lepas je lari dengan laju tu terus masuk dapur dengan lajunya dan baring kat alas kaki. Situ jugak nak baring nak tido.

Tadi search pasal Cat Wheelchair di Malaysia ni. So terjumpa satu video ni kat youtube. Asalnya nak tengok kalau yang jual tu berapa. But video ni tunjuk cara-cara nak buat therapy wheelchair. Lagi bagus, guna barang-barang yang common senang nak carik.



Dah carik source untuk wheelchair tapi nampaknya lagi jimat kot kalau buat sendiri sebab kat Malaysia ni rasa nya tak ada kot yang jual, bila tanya En Google pun die cakap kat US aje. Harga paling kurang RM1000 kot belum masuk nak post lagi. ermmmm so kena cuba buat kot. Haaa Engineer kena buat Wheelchair, dulu masa hands-on semester kena buat conduit lebih kurang la tu kan.. heheh.

Jom layan video Jebat main. Bukan nak makan betul pun nak main sepak-sepak je. Time ni tak berapa nak aktif sebab dah ngantok kot. And sekarang dah gemok tau, mana tak makan tido makan tido. hoho. Unlimited food, bottomless!






Till we meet again,
Peeda.

Wednesday, 2 September 2015

Kucing yang lucky

Kucing ni memang lucky. Tapi tak dpanggil lucky biasanya dipanggil miaw aje oleh ktorg. Anas jela yang kadang2 panggil 'hey jebat!' Heheh. 

Hari ni dah masuk hari ke-15 kami jaga miaw. Mula-mula jaga, laki bini pun leh gaduh tau. Minggu pertama memang dugaan. Never had experience jaga cat. 

Masuk minggu kedua ni, pergaduhan dah mellow down sikit. Sebab dah bahagi tugas masing2. 

Miaw dah ada perkembangan sikit. Kaki belah kiri, jari2 dah respon sikit dah boleh kembang2 jari, ekor boleh bengkok sikit2. Pastu kalau berak, miaw dah boleh rasa, tiap pagi sebelum berak, cakar2 news yang memang kami sediakan kat satu corner yg pernah dia berak. So tiap kali berak p sana. Lepas berak, dia cakar2 lagi news tu ala2 macam die kambus tanah la lepas berak. Cumanya lepas dia kambus (kononnya), aku hangkut terus ke bilik air kasi cuci tu bontot! Memang kecoh pepagi ngan miaw tu. tapi tiap hari wangiiii aje. Lepas basuh terus dry kan bulu die. 

Koyak yang dekat perut pun dh nak sembuh. Lubang dah mengecil, dalam seminggu lagi insyallah sempurna elok koyakan tu. bersabar la miaw ye kena pakai collar cumanya bila pakai collar tu senang sikit nak lap or nak urut kaki miaw so die tk dapat nak gigit aku. Hahahha!! 

Aku nak mintak tolong korang semua tolong mendoakan kucing ni dapat berjalan semua ehss... Mintak tolong sesangat supaya kucing ni dapat sembuh sepenuhnya dapat jalan dapat melangsungkan hidup dia sebab die ni kecik lagi kategori kitten lagi... Orang kata doa dari ramai orang insyallah lebih baik. Terima kasih semua... 


Sayang kalian... 



Till we meet again,

Peeda