Nuffnang Ads

Tuesday 15 September 2015

BUKU: KEMBARA SYRIA

Minggu ini pause dulu pasal kucing. hehe. Dalam proses mengumpul video terkini kucing. Nak ambil video kucing berlari tak dapat lagi. Time lari tak ada pulak kamera di tangan. Lari berdesup laju pulak tu. 

Minggu ni nak cerita pasal buku. Sekarang nak memastikan di dalam setahun at least ada 2 buku yang dibaca. Better starts now then never kan... 

So far baru aje habiskan satu buku. BM. 2 buku, jadi kena even la, 1 buku BM, 1 BI. Ooo 2 bahasa ni je la rasanya boleh paham sesikit sebanyak kan. hehehe. 

Ni nak review sikit pasal buku yang baru habis baca: 

KEMBARA SYRIA MENGEJAR BISIKAN BIDADARI




Start baca 23 Ogos 2015, habis pada 1 September 2015. 
Tebal mukasurat: 541 muka. 

Kalau tengok tempoh baca sekejap aje kan sebab gaya bahasa yang menarik rasa nak baca dan baca lagi sampai habis. Juga cerita yang santai dan terasa dekat di hati seolah-olah kita berada bersama penulis. 

Cerita berkisar mengenai pengembaraan penulis ke Syria ketika peperangan masih rancak yang telah berlarutan beberapa tahun di Syria, bumi Syam. 

Kenapa saya tertarik dengan buku ini bila ternampak di kedai? Sebab saya sedang mencari Kebenaran. Kebenaran apa tu? Kebenaran apakah sebabnya perang Syria ini terjadi. Selama ini bila kita tengok berita-berita utama baik dalam mahupun luar negara, asyik-asyik dimomokkan dengan istilah ISIS or ISIL. Tapi sebenarnya kita pun tak paham dan tak jelas sebenarnya, betul tak? Selepas membaca buku ini, saya lebih jelas mengenai peparangan ini dan bagaimanakah keadaan Syria sebenarnya. 

Memang benarla pepatah mengatakan bahawa 'Mata pena itu adalah lebih tajam daripada mata pedang'. Betapa kita mempercayai apa yang tertulis dikarang dan dibaca oleh kita. Mungkin dulu buku sekarang ni lebih popular FB la kan. Walaupun bukan semuanya di FB tu betul, mungkin fitnah?tapi kita percaya? So lebih baik baca buku sebab ada editor dan dari penerbit yang sahih/dipercayai. :)

Serius nampak?! Memang berbunyi serius kerana serius anda harus baca buku ini kalau anda tidak jelas mengenai isu-isu yang terjadi di Syria kini. 

Sipnosis buku ini uols semua boleh tengok dalam gamba tu k. 

Dalam buku ini juga ada beberapa quotes yang saya suka yang ingin saya kongsikan bersama uols hari ini: 

"Kelihatannya dunia ini seperti tidak adil apabila semua kuasa-kuasa besar tidak mampu untuk menghentikan peperangan ini. Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui hikmah ini. Mereka ini walaupun terseksa kehidupan mereka, sifat redha kepada takdir ALLAH begitu menebal dalam hati mereka."

"  Perjalanan ini memang perjalanan menuju kematian. Syahid yang diidam-idamkan oleh banyak insan. Setiap apa yang berlaku tidak menggoyahkan iman. Malah setiap saat ia memperbaharui iman. Perjalanan di bumi jihad ini masih panjang. Jikalau ditakdirkan ALLAH syahid di bumi ini pun saya telah lama redha, iaitu sejak menekadkan diri membuat keputusan menyertai pasukan misi ini." 

" Dalam keadaan sekarang, berbicara dengan ALLAH suatu yang paling baik. Walaupun connection internet telah terputus, tetapi connection dengan ALLAH SWT tidak akan pernah terputus. ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

" Peperangan di Syria ini merupakan satu malapetaka. Kemusnahan di sini ialah sesuatu yang sukar untuk saya terima, tetapi saya lebih sukar menerima kemusnahan generasi akibat kemusnahan masjid, sekolah dan universiti sebagai tempat untuk membina modal insan dan membina intelektual insan." 


Enjoy uols... Jangan lupa beli. 
Jangan hanya meneka atas isu-isu yang kita tidak pasti, carila sumber-sumber yang sahih k. 


Till we meet again, 
PEEDA :) 














No comments:

Post a Comment