Nuffnang Ads

Friday, 24 July 2015

RESEPI PIZZA GERENTI JADI

RESEPI PIZZA PASTI JADI ni adalah hasil nukilan chef dari IKBN. Resepi ni dapat masa menuntut di IKBN. Masa tu ada kursus Pizza n Capsicum bread.

Resepi pizza:

Untuk Doh

Bahan- bahan:
1 kg      Tepung high protein / tepung roti
5gm      Garam Halus
15gm    Yis
488gm  Air
8gm      Bread Improver
30gm    Shortening (vege)
60gm    Telur (biasa pakai 1 biji)


Cara buat doh pizza: 
Kalau pakai mesin, campurkan semua bahan-bahan di atas. Air, akhir sekali, masuk sedikit2 (1/3 dahulu), hanya jika doh masih kering selepas dimasukkan shortening. Doh yang elok ialah ianya tidak terlalu kering or lembap. Nak tau, doh tu cantik je rupanya bila diuli dan tidak lekat d tangan semasa menguli.

Biarkan doh berehat dan naik sekejap. Kalau Room temperature: 1jam.

Keluarkan doh selepas naik, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin, dan terus canaikan mengikut bentuk pizza yang korang suka. jangan lupa selepas canaikan tu, cucuk keseluruhan pizza dengan garfu sebelum meletakkan sos.
Kenapa??? supaya bila pizza dibakar doh pizza tak naik macam roti biasa. :)

**** INGAT! Jangan sekalikan yis dan garam, yis akan jadi tidak aktif apabila terkena garam.


Untuk SOS

Bahan-bahan sos:
100gm      Minyak masak
250gm      Daging kisar (ayam/daging)
1 biji         Bawang besar
3 ulas        Bawang putih
1 tin          Tomato puree
40gm        Gula
10gm        Garam
25gm        Parmesian cheese (ini buat sos jadi lemak dan sedap)

Cara buat sos:
Cincang bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang telah dicincang. Setelah naik bau, masukkan daging kisar sehingga masak. Seterusnya, masukkan tomato puree, gula, garam dan parmesian cheese. Dah siap... lepas tu ratakan kat atas doh yang dah dibentuk jadi rupa pizza tu.



Untuk Hiasan:

Bahan-bahan: 
1 tin      Cendawan butang
1 biji     Capsicum hijau
1 paket  Sosej
100gm  Cheddar cheese
1 tin      Nanas dalam tin

Cara-caranya: 
Potongan gaya bebas... ikut suka nak bentuk apa. nama pun hiasan kan. hehehe....



**** Kuantiti bahan di atas dapat membuat 8 pizza size regular (pizza hut nye size). For me, 3 orang aje nak makan, buat separuh bahan pun dah cukup banyak. Petang semalam buat, dinner tek hengat berapa banyak dah telan + breakfast + hubby bawak bekal ke ofis + sekarang pun ada lagi 5 keping bulatan kecil. heheh. Puas hati.
Ini je yang tinggal hari ni daripada projek semalam. Sememeh ke? takpe janji sodap. Me buat bulat kecik-kecik, anas request. Bila Homemade, topping tu letak la ikut sesuka hati, melambak weyyy.. :)

Chef di IKBN. Doh yang dah kembang. Bahagi siap-siap kepada 8 bahagian 

Pabila dah masak

Separuh dari bahan, dapat banyak ni. Ada lagi 4 pizza, size yang sama




Hopefully resepi ini membantu.... Selamat mencuba... MESTI cuba, GERENTI jadi.






Selamat Hari Raya Aidilfitri

Rasanya me orang yang paling lambat mengapdet pasal raya ni kot. Neway nasib baik raya sebulan belum terlambat bebena la kali. hehe.

OK di kesempatan ini, nak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir dah batin kalaula ada tersinggung tersilap kata ke apa kan... harap dimaafkan...

Ntah kenapa raya kali ni tak ada gamba. dok sibuk bebena ke atau enjoy banget suasana raya sampai lupa nak snap gamba kot. hehehe. Tahun ni giliran raya di JOHOL, N9. Yang best nya raya kat sini sebab masih lagi ada mantai di malam raya. Mantai ni nanti, orang-orang lepas takbir dari masjid akan berkunjung ke setiap rumah yang telah dijanjikan. Nanti dorang akan takbir kat setiap rumah yang dikunjung, makan-makan raya n pastu tuan rumah bagi duit raya (ikut suka seikhlas hati) sebagai penghargaan. Kadang2 mantai ni boleh berlarutan sehingga tengah malam. Jadi ikut nasibla, kadang-kadang rumah kami ni antara yang paling awal, tapi tahun ni dalam area pukul 10 lebih baru sampai.

Hanya satu gambar wefiey kami di pagi raya di rumah Wan tangkor.


Semua ni baju tahun lepas je. Tak beli baju raya langsung tahun ni. Hanya spend untuk kek n kuih je untuk kedua-dua belah family.


Raya kedua, haaa dah sampai ke Melaka (Gamba: masa ni kat klebang). No more baju raya dah. semua dah tukar kulit. heheh. Sebab cita-cita kitorang nak masuk ke kapal selam, takkan nak heret jubah cinderella aku kan... hahah. Tapi cita-cita tak kesampaian sebab kapal selam tutup. sodih.. last2 anak aku n anak-anak aku yang lain main kat pantai jela. kutip2 kulit kerang pun jadila. heheh. Budak-budak kalau dah berteman apa-apa pun seronok.

* luahan perasan kakPeed ni: Tahap ke'jammed'an di Melaka ni menyamai kadar ketensionan di KL yooo!!! hoho!!! Sekian, terima kasih.



Till we meet again,

PEEDA.

Monday, 6 July 2015

BALIK KAMPUNG OOO BALIK KAMPUNG...

Assalamualaikum,

Baru-baru ni kecohkan pasal balik kampung... bukan nak ngumpat la kan tapi kalau di kira akal logik manusia ni, lagi pulak di hari raya ni, ada ke orang sanggup tak balik kampung? Kalau ada yang tak balik pun, hati tu mesti rasa terkilan sangat sebab tak balik.

Kerinduan itu tetap di hati kalau ibu bapa yang masih ada di kampung. huhu. Sedih dan rindu bila mengenang ibu bapa yang jauh di mata tu...

Teringat masa zaman universiti di Melaka dulu, ermmm kalau ikutkan mana la nak berduit sangat masa tu. yela masa tu harapkan duit hutang ptptn aje. Bayar yuran dan sewa pun da tinggal cukup2 aje untuk belanja lagi selama 6 bulan seterusnya. Tapi bersyukurla sebab ada kakak yang dah bekerja.  Besar pengorbanan die sebab sanggup belikan tiket kapal terbang nak balik ke sarawak. Masa tu mana ada Airasia lagi, hanya ada MAS saja. Jadi paham-paham la harga tiket dah berapa. huhu.

Bila dikenang-kenang tak terbalasla jasa kakak ku sebab aku tahu masa tu pun die pun baru-baru lagi bekerja, memang sangat berjimat-jimat n tak berapa nak berduit jugak tapi nak dapatkan jugak tiket balik. Terima kasih kakak Timah. Tapi dek kerana adik yang bebanyak pe'el ni sanggup ku redah jua. heheh. Sayang Kak Timah!

Then, masa bekerja n dah berkahwin, still ekonomi tak berapa nak stabil jugak. Masa tu duduk di shah alam, op cos balik kampung me la yang paling jauh di Sarawak nun, kampung hubby kat n9 tapi parents kat Cheras, so leh la setiap hujung minggu balik sana. hehe.

Pas tu satu hari, dapat call dari Kak Timah, Mak masuk emergency sebab komplikasi jantung. Terkejut bukan kepalang. Dalam fikiran nak balik je la. Sampai ke airport, tengok dalam bank ada 300++ aje. Rasa nak nanges pun ada tapi tawakal aje la. Masa tu dah potong semua credit card sebab nak kurangkan cost bulanan. Alhamdulillah, mungkin juga disebabkan niat yang betul, last minute tiket Airasia, cukup-cukup dengan duit bank. Dapat jumpa n jaga mak tersayang kat hospital hari tu jugak.

So, jangan la terlepas peluang yang kita ada untuk menatap wajah-wajah kesayangan kita selagi mereka masih bernyawa. Silala tamak untuk mengukir kenangan terindah bersama mereka. Kepuasan itu adalah tidak terhingga setelah menatap bermanja dengan mereka.

I LOVE U MAK, BAPAK, EE, Kak TIMAH.




OHO today me dapat satu singkatan dari kengkawan. hahaha. ILYVM. Tergelak sebab cerita di sebalik singkatan ini adalah sangat kelakar OK. hehehe

Sampin Songket Benang Emas dari Jakarta

Assalamualaikum, 

Beberapa bulan lepas, anak kepada xboss (juga merangkap kawan/kakak) kahwin. Belek-belek gambar kawen (dah frame cantik-cantik), die pun cerita yang anak die pakai kain sampin/samping dari Jakarta. Which is lebih n sangat murah dari kain sampin yang ada di Malaysia. Bukan la nak downgrade kain sampin di Malaysia, tapi tak semua dari kita yang mampu nak beli kain sampin yang boleh cecah hingga ribu-ribu kan... tapi kalau kita boleh dapatkan kualiti yang lebih kurang sama dan cantik jugak design nya, apa salahnye tak. Bertukar angin la katakan. hehe.

Pastu kawan pun cakap ko nak ke aku nak ke Jakarta lagi ni. Jemputan kawin anak kawan die pulak kat sana. Dah alang-alang ape salah nye ye.. 

Me, setuju aje. hehe. me percaya dengan taste kawan tu sebab die memang high taste kalau ikutkan. Kalau tengok hiasan rumah pun dah boleh agak. Berkenan tengok. hehe. 

Die bawak balik sikit aje, ada la dalam 8 corak n 12 pasang semua sekali. Tak dapat nak bawak banyak sebabnya luggage hampir nak overweight. hehe. lagi pulak nasib baik tak banyak kalau banyak maunye kena soal jawab dengan pihak Kastam agaknye. 

Bile dah ambil kain sampin tu, memang cantik-cantik die pilih. semua nya nampak eksklusif. 

Untuk batch yang die bawak sendiri ni memang sangat murah dan berbaloi, lagi pula tak de charge transportation kerana bawak dengan cargo sendiri. Jadi sangat-sangat berbaloi kan...

Mari kita tengok gamba-gamba kat bawah. Ini me dah edit balik elok-elok supaya boleh nampak dengan jelasnya. 









Semua nya sesuai untuk mana-mana size. Kalau plus size pun muat sebab panjang minimum 2m bidang min 1m. 


SIZE: MINIMUM 1 X 2 M. 
HARGA: RM150 (FREE POSTAGE) + FREE GIFT
CONTACT: DAYANG FARIDAH 
HP NO: 012 221 5741