Nuffnang Ads

Monday, 6 July 2015

BALIK KAMPUNG OOO BALIK KAMPUNG...

Assalamualaikum,

Baru-baru ni kecohkan pasal balik kampung... bukan nak ngumpat la kan tapi kalau di kira akal logik manusia ni, lagi pulak di hari raya ni, ada ke orang sanggup tak balik kampung? Kalau ada yang tak balik pun, hati tu mesti rasa terkilan sangat sebab tak balik.

Kerinduan itu tetap di hati kalau ibu bapa yang masih ada di kampung. huhu. Sedih dan rindu bila mengenang ibu bapa yang jauh di mata tu...

Teringat masa zaman universiti di Melaka dulu, ermmm kalau ikutkan mana la nak berduit sangat masa tu. yela masa tu harapkan duit hutang ptptn aje. Bayar yuran dan sewa pun da tinggal cukup2 aje untuk belanja lagi selama 6 bulan seterusnya. Tapi bersyukurla sebab ada kakak yang dah bekerja.  Besar pengorbanan die sebab sanggup belikan tiket kapal terbang nak balik ke sarawak. Masa tu mana ada Airasia lagi, hanya ada MAS saja. Jadi paham-paham la harga tiket dah berapa. huhu.

Bila dikenang-kenang tak terbalasla jasa kakak ku sebab aku tahu masa tu pun die pun baru-baru lagi bekerja, memang sangat berjimat-jimat n tak berapa nak berduit jugak tapi nak dapatkan jugak tiket balik. Terima kasih kakak Timah. Tapi dek kerana adik yang bebanyak pe'el ni sanggup ku redah jua. heheh. Sayang Kak Timah!

Then, masa bekerja n dah berkahwin, still ekonomi tak berapa nak stabil jugak. Masa tu duduk di shah alam, op cos balik kampung me la yang paling jauh di Sarawak nun, kampung hubby kat n9 tapi parents kat Cheras, so leh la setiap hujung minggu balik sana. hehe.

Pas tu satu hari, dapat call dari Kak Timah, Mak masuk emergency sebab komplikasi jantung. Terkejut bukan kepalang. Dalam fikiran nak balik je la. Sampai ke airport, tengok dalam bank ada 300++ aje. Rasa nak nanges pun ada tapi tawakal aje la. Masa tu dah potong semua credit card sebab nak kurangkan cost bulanan. Alhamdulillah, mungkin juga disebabkan niat yang betul, last minute tiket Airasia, cukup-cukup dengan duit bank. Dapat jumpa n jaga mak tersayang kat hospital hari tu jugak.

So, jangan la terlepas peluang yang kita ada untuk menatap wajah-wajah kesayangan kita selagi mereka masih bernyawa. Silala tamak untuk mengukir kenangan terindah bersama mereka. Kepuasan itu adalah tidak terhingga setelah menatap bermanja dengan mereka.

I LOVE U MAK, BAPAK, EE, Kak TIMAH.




OHO today me dapat satu singkatan dari kengkawan. hahaha. ILYVM. Tergelak sebab cerita di sebalik singkatan ini adalah sangat kelakar OK. hehehe

No comments:

Post a Comment