Nuffnang Ads

Friday, 24 July 2015

RESEPI PIZZA GERENTI JADI

RESEPI PIZZA PASTI JADI ni adalah hasil nukilan chef dari IKBN. Resepi ni dapat masa menuntut di IKBN. Masa tu ada kursus Pizza n Capsicum bread.

Resepi pizza:

Untuk Doh

Bahan- bahan:
1 kg      Tepung high protein / tepung roti
5gm      Garam Halus
15gm    Yis
488gm  Air
8gm      Bread Improver
30gm    Shortening (vege)
60gm    Telur (biasa pakai 1 biji)


Cara buat doh pizza: 
Kalau pakai mesin, campurkan semua bahan-bahan di atas. Air, akhir sekali, masuk sedikit2 (1/3 dahulu), hanya jika doh masih kering selepas dimasukkan shortening. Doh yang elok ialah ianya tidak terlalu kering or lembap. Nak tau, doh tu cantik je rupanya bila diuli dan tidak lekat d tangan semasa menguli.

Biarkan doh berehat dan naik sekejap. Kalau Room temperature: 1jam.

Keluarkan doh selepas naik, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin, dan terus canaikan mengikut bentuk pizza yang korang suka. jangan lupa selepas canaikan tu, cucuk keseluruhan pizza dengan garfu sebelum meletakkan sos.
Kenapa??? supaya bila pizza dibakar doh pizza tak naik macam roti biasa. :)

**** INGAT! Jangan sekalikan yis dan garam, yis akan jadi tidak aktif apabila terkena garam.


Untuk SOS

Bahan-bahan sos:
100gm      Minyak masak
250gm      Daging kisar (ayam/daging)
1 biji         Bawang besar
3 ulas        Bawang putih
1 tin          Tomato puree
40gm        Gula
10gm        Garam
25gm        Parmesian cheese (ini buat sos jadi lemak dan sedap)

Cara buat sos:
Cincang bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang telah dicincang. Setelah naik bau, masukkan daging kisar sehingga masak. Seterusnya, masukkan tomato puree, gula, garam dan parmesian cheese. Dah siap... lepas tu ratakan kat atas doh yang dah dibentuk jadi rupa pizza tu.



Untuk Hiasan:

Bahan-bahan: 
1 tin      Cendawan butang
1 biji     Capsicum hijau
1 paket  Sosej
100gm  Cheddar cheese
1 tin      Nanas dalam tin

Cara-caranya: 
Potongan gaya bebas... ikut suka nak bentuk apa. nama pun hiasan kan. hehehe....



**** Kuantiti bahan di atas dapat membuat 8 pizza size regular (pizza hut nye size). For me, 3 orang aje nak makan, buat separuh bahan pun dah cukup banyak. Petang semalam buat, dinner tek hengat berapa banyak dah telan + breakfast + hubby bawak bekal ke ofis + sekarang pun ada lagi 5 keping bulatan kecil. heheh. Puas hati.
Ini je yang tinggal hari ni daripada projek semalam. Sememeh ke? takpe janji sodap. Me buat bulat kecik-kecik, anas request. Bila Homemade, topping tu letak la ikut sesuka hati, melambak weyyy.. :)

Chef di IKBN. Doh yang dah kembang. Bahagi siap-siap kepada 8 bahagian 

Pabila dah masak

Separuh dari bahan, dapat banyak ni. Ada lagi 4 pizza, size yang sama




Hopefully resepi ini membantu.... Selamat mencuba... MESTI cuba, GERENTI jadi.






No comments:

Post a Comment