Nuffnang Ads

Saturday, 22 August 2015

Kucing ooo Kucing


 Salam Dunia, 

AlKisah kami sekeluarga dengan kucing sebenarnya dari kesian tengok kucing yang minta-minta makanan sampai la dah jadi rutin kami bagi makan n sekali sekala bagi mandi kat stray cat. Mula-mula dulu di Shah Alam. Tapi kami tak bela kucing tu meaning kami tak kurung pun kucing tu, ikut suka dia la nak datang dan pergi. Biarla dorang bebas ke mana sahaja. Bukan tak nak jaga tapi komitmen terlalu tinggi dan ktorg rasa tak mampu memandangkan selalu travelling ke sana sini. 

Dari Shah Alam, sekarang dah 2 tahun pindah ke Miri, Sarawak pulak. So kucing-kucing yang biasa diberikan makan itu kami tak bawak. Hopefully ada lagi insan-insan yang sudi nak kongsi sikit rezeki ngan kucing-kucing tu. :) 

Di Miri ni pun sama jugak. Anas pun dan terbiasa bagi makan kat kucing-kucing terbiar. So mana-mana kucing yang lalu ke singgah ke semua dia bagi makan. Of course nak peluk jugak.... Memandangkan Anas ada sejarah asma, so dia agak alah dengan bulu-bulu, sometimes Anas akan selsema jugak kalau time alah dia tu datang. So kena la bagi mandi dulu stray cats ni semua pastu barula Anas boleh pegang.

Baru-baru ni ada seekor kucing kecil lagi, tak sampai setahun kot, Anas gelar die Jebat. hahah... Comel n catchy jugak nama tu. Tak tau kenapa, ktorg syak kena langgar. Tiba-tiba jumpa tak boleh jalan kaki belakang dia. Taik bersepah. tak boleh nak control bladder jugak. So panggil mobile veterinary cakap spinal cord injury. Itu cerita rabu lepas (190815). Bagi inject n ubat untuk makan selama 10hari. Kencing berak kena manual bersihkan, n baru tau yang pet pun ada pampers la. hahah. Masa g petshop Miri ni, time nak tanya tu, 2,3 kali fikir tanya ke tak. hahah. memang ada la weyyy. 

Hari pertama: Jebat lemah, tak rasa apa-apa masa dibersihkan taik n badan. force feed. 
Hari kedua: Boleh angkat badan sikit. time cuci taik n kencing leh rasa sakit sikit. berak darah
Hari ketiga: Jebat dah boleh rasa banyak bila aja kita sentuh bahagian belakang, still force feed. agak kuat dah nak alihkan n pusingkan badan


Hari ni hari keempat (sabtu) ktorg decide nak hantar ke klinik untuk xray. Result xray menunjukkan tak ada apa-apa yang patah, retak atau dislocated. semua tulang-tulang elok terletak. Cuma die tak boleh nak rasa sebab ada masalah dengan saraf. Vet advice kena constantly urut kucing ni. Lagipun dia dah boleh rasa banyak bila kita sentuh. 

Yang paling happy, ialah hari ni Jebat dah berselera nak makan. Tukar food hari ni beli a/d food khas untuk critical care. sua je syringe ke mulut Jebat dah jilat. Berlari iols ke dapur ambil bekas makan, sua ke mulut terus Jebat makan. lepas makan bancuh susu anas bagi. alhamdulillah nak dia minum. Mudah-mudahan cepatla sembuh dan boleh jaga diri sendiri n boleh main-main macam dulu. Rindu pulak tengok kucing ni main. 


Jom semua tolong doakan ya Jebat cepat sembuh, supaya dia boleh hidup berdikari. Terima kasih semua atas keperihatinan dan doa sekalian. 

Hari pertama: boleh tengok dari pagar je sebab dah lari masuk rumh jiran. 

Panggil-panggil pun buat derk aje. 

Beralih dari panas. Dah cungap-cungap masa ni sebab haus n panas


Lepas berihkan, lemah je

Baru lepas makan ubat.

Hari ketiga, nampak bertenaga sikit. Pampers uuu, baru tau ada untuk kucing n dog. Kalau beli yang bb size newborn. 



Till we meet again, 
Peeda





No comments:

Post a Comment