Nuffnang Ads

Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Saturday, 16 August 2014

The Simplest Rendang Recipe

Cloudy day, nyaman day, yesterday.... :)


Semalam, Jumaat, ditugaskan masak rendang untuk Anas bawak ke sekolah sempena 'Berhari Raya di Tadika'... 
Ermmmm segak berbaju melayu anak aku... Aiiyoooo lupey lakkk nak amik gambo hensem boy ahkakkk... hehehe

Kalau nak bercakap pasal rendang ni, aku ni bukanla expert masak rendang macam mak mertua aku. Mak mertua aku rasa nya tutup mata pun leh buat tu... Rendang tu bukanla mainan aku...chewah. heheh. Tapi disebabkan en Daus dah puji melambung pagi ni, jadi aku pun kembang kempos idunggg, so kita share la resipi di sini.... ngehngehngeh!!!

The simplest resipi! sebab apa? tak payah nak tumis2 bagai, ini rendang kasi masuk semua, perap & masuk dlm periuk, masak. Edisi Sarawak punya.. my mom's secret recipe... 

Cikgu pesan bawak dengan nasi putih sekali... hehe

Resipi aku ni agak2 je, macam yang Gordon Ramsay masak kat Malaysia, Belajar ngan makcik jugak, makcik tu kata, 'agak-agak' GORDON...!! hehehe!!

1/2 ekor ayam
*bawang merah besar&kecil (ikut suka nak banyak mana, lagi banyak lagi pekat.aku suka letak banyak)
*3 batang serai
*lengkuas sikit (lbh kurang 1/2 inci) 
*halia (sikitttt je, tk letak pun tk pe)
*3 ulas bawang putih
*cili besar/cili boh (aku pakai cili merah besar coz budak2 yang makan) - kalo nak pedas berapi letak le banyak. 

Semua bahan bertanda* blend lumat (blend campur air sikit)

other bahan - 2 batang serai (diketuk), daun kunyit, kunyit dan santan letak semasa masak nanti. 

Cara nak masak:
1. Perap ayam dengan bahan yg diblend tadi lebih kurang sejam, masukkan jugak sedikit garam masa perap tu
2. Lepas perap, ko masukkan perapan dan serai yg diketuk ke dalam periuk. 
haaa.....macam kat atas tu... 

3. Agak2 dah puas ayam tu mendidih, ko letak la daun kunyit dan serbuk kunyit.
4. Bila air dah sikit, ko masukkan santan (aku malas! jadi aku pakai santan M&S jakk). Santan kotak (kotak kecik) tu aku masuk sikit je, lebih kurang hampir separuh kotak. INGAT, jangan masuk sampai sekotak, nanti siapa yang berlemak??!!! memememe!!!! :P
5. Jangan lupeyyy rasa rendang tu, nak kena tambah garam lagi ke tak ke.... 
6. Pastu biar sampai kering, SIAP!!! ENjoy mamammmmm!!!


Errkkkkk!!! Baru ja lepas makan tadi, kena masak lagi hari ni atas request En Daus.... memememe:P


Till we meet again

***FIDAH***












Wednesday, 13 August 2014

BUAH DABAI YANG SANGAT LEMAK BERKRIM

Pernah ke pernah makan buah dabai? Ada yang sebut buah dabey. WHatever it is, buah ni sangatla sedap. aku akan bagi tips macam mana nak pilih / beli buah dabey yang sedap dan rasa lemak. 

Di pasar/market, tk semua buah dabey yang dijual warna kuning dan rasa lemak. Biasanya aku akan pilih buah dabey yang bentuk agak bulat dan besar... ada jugak yang lonjong/panjang, tapi tk semua yang bentuk tu isi die warna kuning dan lemak. silap hari bulan kena yang agak masam dan kelat.

Sekarang ni musim buah dabey, so harga pun melambung tinggi. Sebabnya buah ni bermusim, jadi sekali ada, berpusu2 semua nak beli. Aku beli dabey ni di miri, murah lagi dari sibu. kalau di sibu, kebanyakan buah yang sedap rm20++/kilo. Di Miri boleh dapat rm15/kilo. 


 ini rupa isi dalam buah dabey

Gamba di atas tu buah dabey yang aku beli. agak bulat dan besar. tengok isi dalam die. kuning sangat. Isi pun tebal!!! Nak makan, perlu rendam air panas sekejap. agak2 buah tu dah lembut, toskan dan tabur sikit garam. boleh makan gitu jee or cicah dengan kicap manis+cili. urgghhhh memang sodapppp.... Semalam aku ratah je buah ni. aku beli sekilo rm15. 

Sekilo lebih kurang banyak ni + yg aku dah makan kat atas tu... heheh

aku baru lepas search pasal buah dabey ni, jumpa artikel dari borneo post. Rupa2 nya banyak khasiat buah dabey ni: 

Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida

Posted on July 13, 2012, Friday

KUCHING: Penyelidikan saintifik ke atas dabai mendapati buah itu sangat kaya dengan kandungan antioksida yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan.
Ketua Aktiviti Fokus Utama 4 yang juga Pembantu Pengarah (Penyelidikan) Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) Lau Cheng Yuon berkata disebabkan kekayaan kandungan antioksida yang terdapat pada dabai ia berpotensi dijadikan bahan utama dalam pengeluaran produk makanan serta kosmetik.
Hasil penyelidikan yang dibuat oleh JPS dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) katanya mendapati dabai juga mengandungi sumber protein, tenaga dan mineral seperti potassium dan kalsium.
“Dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida terutama pada bahagian kulitnya (buah) diikuti seluruh buah merangkumi kulit dan isi serta isirung menjadikannya sangat berpotensi dipasarkan bersama buahbuahan tempatan untuk mempromosikan kempen kesihatan.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/13/buah-dabai-sangat-kaya-dengan-kandungan-antioksida/#ixzz3AKcIRCrJ




Till we meet again
***fidah***


Tuesday, 12 August 2014

ULAT!!! MAKAN ULAT TAK??

Ulat apa yang boleh makan? Boleh ke makan ulat???


Tau tak di Sarawak ada ulat yang di makan? Pernah tak dengar ulat mulong?? 


Ini lah ulat mulong

Gemokkkkk kannn.... Geram aku tengok, pantang jumpa aku mesti nak cucuk2 ulat ni, rasa macam nak picit2 hokayyy. 
Juicy, extra protein & crunchy..... hhehehe

Tapi aku tak pernah lagi makan ni. Bapak aku kata kepala die tu keras sikit... waaaa bapak aku pernah kot makan ni??? hokayyy ceritera dari kawan2 bapak duhal. Goreng tanpa minyak pun sodapppp....

Ulat ni tinggal di pokok sagu n makan sagu.... so ulat ni vegetarian gituu n makan benda2 yang bersih....sebab dia tinggal di dalam pokok sagu tu. 

Sebesen seperti dalam gambar atas tu RM10, 10-20 tahun dulu (masa zaman aku comel dulu tu..ahaksss) RM10 penuh besen tu. Lagi banyak ulat2 menggeletik dlm tu. Sekarang lebih habuk kayu dari ulat. 

till we meet again....

***fidah***