Semalam, Jumaat, ditugaskan masak rendang untuk Anas bawak ke sekolah sempena 'Berhari Raya di Tadika'...
Ermmmm segak berbaju melayu anak aku... Aiiyoooo lupey lakkk nak amik gambo hensem boy ahkakkk... hehehe
Kalau nak bercakap pasal rendang ni, aku ni bukanla expert masak rendang macam mak mertua aku. Mak mertua aku rasa nya tutup mata pun leh buat tu... Rendang tu bukanla mainan aku...chewah. heheh. Tapi disebabkan en Daus dah puji melambung pagi ni, jadi aku pun kembang kempos idunggg, so kita share la resipi di sini.... ngehngehngeh!!!
The simplest resipi! sebab apa? tak payah nak tumis2 bagai, ini rendang kasi masuk semua, perap & masuk dlm periuk, masak. Edisi Sarawak punya.. my mom's secret recipe...
Cikgu pesan bawak dengan nasi putih sekali... hehe |
Resipi aku ni agak2 je, macam yang Gordon Ramsay masak kat Malaysia, Belajar ngan makcik jugak, makcik tu kata, 'agak-agak' GORDON...!! hehehe!!
1/2 ekor ayam
*bawang merah besar&kecil (ikut suka nak banyak mana, lagi banyak lagi pekat.aku suka letak banyak)
*3 batang serai
*lengkuas sikit (lbh kurang 1/2 inci)
*halia (sikitttt je, tk letak pun tk pe)
*3 ulas bawang putih
*cili besar/cili boh (aku pakai cili merah besar coz budak2 yang makan) - kalo nak pedas berapi letak le banyak.
Semua bahan bertanda* blend lumat (blend campur air sikit)
other bahan - 2 batang serai (diketuk), daun kunyit, kunyit dan santan letak semasa masak nanti.
Cara nak masak:
1. Perap ayam dengan bahan yg diblend tadi lebih kurang sejam, masukkan jugak sedikit garam masa perap tu
2. Lepas perap, ko masukkan perapan dan serai yg diketuk ke dalam periuk.
haaa.....macam kat atas tu...
3. Agak2 dah puas ayam tu mendidih, ko letak la daun kunyit dan serbuk kunyit.
4. Bila air dah sikit, ko masukkan santan (aku malas! jadi aku pakai santan M&S jakk). Santan kotak (kotak kecik) tu aku masuk sikit je, lebih kurang hampir separuh kotak. INGAT, jangan masuk sampai sekotak, nanti siapa yang berlemak??!!! memememe!!!! :P
5. Jangan lupeyyy rasa rendang tu, nak kena tambah garam lagi ke tak ke....
6. Pastu biar sampai kering, SIAP!!! ENjoy mamammmmm!!!
Errkkkkk!!! Baru ja lepas makan tadi, kena masak lagi hari ni atas request En Daus.... memememe:P
Till we meet again
***FIDAH***
No comments:
Post a Comment