Nuffnang Ads

Wednesday, 13 August 2014

BUAH DABAI YANG SANGAT LEMAK BERKRIM

Pernah ke pernah makan buah dabai? Ada yang sebut buah dabey. WHatever it is, buah ni sangatla sedap. aku akan bagi tips macam mana nak pilih / beli buah dabey yang sedap dan rasa lemak. 

Di pasar/market, tk semua buah dabey yang dijual warna kuning dan rasa lemak. Biasanya aku akan pilih buah dabey yang bentuk agak bulat dan besar... ada jugak yang lonjong/panjang, tapi tk semua yang bentuk tu isi die warna kuning dan lemak. silap hari bulan kena yang agak masam dan kelat.

Sekarang ni musim buah dabey, so harga pun melambung tinggi. Sebabnya buah ni bermusim, jadi sekali ada, berpusu2 semua nak beli. Aku beli dabey ni di miri, murah lagi dari sibu. kalau di sibu, kebanyakan buah yang sedap rm20++/kilo. Di Miri boleh dapat rm15/kilo. 


 ini rupa isi dalam buah dabey

Gamba di atas tu buah dabey yang aku beli. agak bulat dan besar. tengok isi dalam die. kuning sangat. Isi pun tebal!!! Nak makan, perlu rendam air panas sekejap. agak2 buah tu dah lembut, toskan dan tabur sikit garam. boleh makan gitu jee or cicah dengan kicap manis+cili. urgghhhh memang sodapppp.... Semalam aku ratah je buah ni. aku beli sekilo rm15. 

Sekilo lebih kurang banyak ni + yg aku dah makan kat atas tu... heheh

aku baru lepas search pasal buah dabey ni, jumpa artikel dari borneo post. Rupa2 nya banyak khasiat buah dabey ni: 

Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida

Posted on July 13, 2012, Friday

KUCHING: Penyelidikan saintifik ke atas dabai mendapati buah itu sangat kaya dengan kandungan antioksida yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan.
Ketua Aktiviti Fokus Utama 4 yang juga Pembantu Pengarah (Penyelidikan) Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) Lau Cheng Yuon berkata disebabkan kekayaan kandungan antioksida yang terdapat pada dabai ia berpotensi dijadikan bahan utama dalam pengeluaran produk makanan serta kosmetik.
Hasil penyelidikan yang dibuat oleh JPS dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) katanya mendapati dabai juga mengandungi sumber protein, tenaga dan mineral seperti potassium dan kalsium.
“Dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida terutama pada bahagian kulitnya (buah) diikuti seluruh buah merangkumi kulit dan isi serta isirung menjadikannya sangat berpotensi dipasarkan bersama buahbuahan tempatan untuk mempromosikan kempen kesihatan.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/13/buah-dabai-sangat-kaya-dengan-kandungan-antioksida/#ixzz3AKcIRCrJ




Till we meet again
***fidah***


1 comment: