Nuffnang Ads

Wednesday, 13 August 2014

BUAH DABAI YANG SANGAT LEMAK BERKRIM

Pernah ke pernah makan buah dabai? Ada yang sebut buah dabey. WHatever it is, buah ni sangatla sedap. aku akan bagi tips macam mana nak pilih / beli buah dabey yang sedap dan rasa lemak. 

Di pasar/market, tk semua buah dabey yang dijual warna kuning dan rasa lemak. Biasanya aku akan pilih buah dabey yang bentuk agak bulat dan besar... ada jugak yang lonjong/panjang, tapi tk semua yang bentuk tu isi die warna kuning dan lemak. silap hari bulan kena yang agak masam dan kelat.

Sekarang ni musim buah dabey, so harga pun melambung tinggi. Sebabnya buah ni bermusim, jadi sekali ada, berpusu2 semua nak beli. Aku beli dabey ni di miri, murah lagi dari sibu. kalau di sibu, kebanyakan buah yang sedap rm20++/kilo. Di Miri boleh dapat rm15/kilo. 


 ini rupa isi dalam buah dabey

Gamba di atas tu buah dabey yang aku beli. agak bulat dan besar. tengok isi dalam die. kuning sangat. Isi pun tebal!!! Nak makan, perlu rendam air panas sekejap. agak2 buah tu dah lembut, toskan dan tabur sikit garam. boleh makan gitu jee or cicah dengan kicap manis+cili. urgghhhh memang sodapppp.... Semalam aku ratah je buah ni. aku beli sekilo rm15. 

Sekilo lebih kurang banyak ni + yg aku dah makan kat atas tu... heheh

aku baru lepas search pasal buah dabey ni, jumpa artikel dari borneo post. Rupa2 nya banyak khasiat buah dabey ni: 

Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida

Posted on July 13, 2012, Friday

KUCHING: Penyelidikan saintifik ke atas dabai mendapati buah itu sangat kaya dengan kandungan antioksida yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan.
Ketua Aktiviti Fokus Utama 4 yang juga Pembantu Pengarah (Penyelidikan) Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) Lau Cheng Yuon berkata disebabkan kekayaan kandungan antioksida yang terdapat pada dabai ia berpotensi dijadikan bahan utama dalam pengeluaran produk makanan serta kosmetik.
Hasil penyelidikan yang dibuat oleh JPS dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) katanya mendapati dabai juga mengandungi sumber protein, tenaga dan mineral seperti potassium dan kalsium.
“Dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida terutama pada bahagian kulitnya (buah) diikuti seluruh buah merangkumi kulit dan isi serta isirung menjadikannya sangat berpotensi dipasarkan bersama buahbuahan tempatan untuk mempromosikan kempen kesihatan.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/13/buah-dabai-sangat-kaya-dengan-kandungan-antioksida/#ixzz3AKcIRCrJ




Till we meet again
***fidah***


LELONG2 LAI2 MURAH2!!!!

Ini hari nak kasi lelong kasi licin stock. 

# saya jual accessories / jewelleries dari FILIPINA. 
Ini adalah barang-barang FILIPINA yang dibeli semasa FILIPINA tu jadi rumah kedua. Rindu nak ke sana lagi... Kebanyakan penjual2 yang menjual accessories ni adalah Muslim. Mungkin kerana barang2 yang dijual diambil dari kampung area Mindanao.  Barangan yang di jual adalah dari hasil kerjatangan penduduk FILIPINA. Samada di sekitar Manila, Makati ataupun Mindanao. 

Boleh terus ke Link di bawah ini untuk details:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.485121938292134.1073741837.233277740143223&type=1


till we meet again.... 
***fidah***

Tuesday, 12 August 2014

ULAT!!! MAKAN ULAT TAK??

Ulat apa yang boleh makan? Boleh ke makan ulat???


Tau tak di Sarawak ada ulat yang di makan? Pernah tak dengar ulat mulong?? 


Ini lah ulat mulong

Gemokkkkk kannn.... Geram aku tengok, pantang jumpa aku mesti nak cucuk2 ulat ni, rasa macam nak picit2 hokayyy. 
Juicy, extra protein & crunchy..... hhehehe

Tapi aku tak pernah lagi makan ni. Bapak aku kata kepala die tu keras sikit... waaaa bapak aku pernah kot makan ni??? hokayyy ceritera dari kawan2 bapak duhal. Goreng tanpa minyak pun sodapppp....

Ulat ni tinggal di pokok sagu n makan sagu.... so ulat ni vegetarian gituu n makan benda2 yang bersih....sebab dia tinggal di dalam pokok sagu tu. 

Sebesen seperti dalam gambar atas tu RM10, 10-20 tahun dulu (masa zaman aku comel dulu tu..ahaksss) RM10 penuh besen tu. Lagi banyak ulat2 menggeletik dlm tu. Sekarang lebih habuk kayu dari ulat. 

till we meet again....

***fidah***

Monday, 11 August 2014

RADIO layan Rock Jiwang 90an????

Sape sini yang mendengar lagu2 rock jiwang 90's....korang suka lagu apa??

OK aku tambah rock supaya tak la nampak jiweng sangatttt... heheh

K aku dulu zaman2 90's, sukala sangat melayan lagu cam gitu. esp bila time nak SPM tahun 1999 tu... bayang ehsss waktu tu nak exam SPM, depan aku buku, depan buku tu RADIO!!! melayan la lagu jiwang2 ni. aishhhhh masuk otak waaa cakap laaaa. hahah. Masuk semua ok, ilmu dengan lagu jiwang tu sekali. dua2 aku leh hafal. hahah Percaya ke percaya?????

Nanti kejap2 bapak aku lalu belakang aku. coz masa tu aku study kat meja makan, so senang sikit aku nak melambak segala bagai termasuk RADIO antik aku. hehehe. Nanti bila ja bapak aku lalu, die tanya, 'masuk ke ko study tu??? aku dengar RADIO tu lagi rancak dari ko ni.' time ni aku khusyuk la, tapi bila ja bapak dah berlalu, aku tangkap jiwang pulak. bahaahaha....

radio cassette


RADIO aku dulu lebih macam ni la. Pinjam pulak dari mak aku. hehehe.. RADIO MANUAL ok... nak carik station radio kena la pusing tombol kat tepi tu. pas tu tengokla jarum kat depan tu. kalau station tu tk berapa nak jelas ko tarik la aerial kat tepi tu panjang2 (smp habis tau), pastu ko julur ke kiri ke kanan ke depan ke belakang smp la jelas.  waaaa sangat nostalgia betul la RADIO ni. Sekarang ni semua dengar radio dari gadget je. Rindu nya zaman 90's dulu. 

RADIO ktorg dulu ada butang record tu. kena tekan dua2 record+play button. Time tu cta2 nak wat recording. aku dengan kakak pun berangan sbb tu la record suara ktorg nyanyilah, DJ lah. Masa tu bapak pun keja RTM n aku ada gamba pakai headphone lagi masa kat studio RTM. hahahahh *senyum sumbang sorg diri** pastu kalau time aku perang dingin ngan kakak aku, then record lak luahan perasan dlm tu dengan harapan yg lagi sorang tu dengar recorded tape tu. heh!!

ooooooo i wish i could turn back time...... tapi aku tk regret of what i am now.... pun happy jugak.. alhamdulillahh.....



till we meet again....

***fidah***

Friday, 8 August 2014

DESIGNER'S LABEL @ PURPLE SPRING!!!!

Can you guess who HE is????

You can now enjoy the GLAM with Designer's label by RAFFIEY NASIR exclusive @ PURPLE SPRING!!!


Friday, 20 June 2014

KOLEKSI RAYA 2014 dari TDL!!!

KOLEKSI RAYA 2014!!!

Untuk para peminat tudung dan shawl TDL, dapatkan daripada PURPLE SPRING @ https://www.facebook.com/pages/PurpleSpring/233277740143223

ATAU TERUS WHATSAPP/WECHAT/SMS @ 012-221 5741. 
Email: purple.spring@yahoo.com.my

SEPHIA SHAWL. 

Koleksi selendang Sephia adalah selendang Shimmer yang sangat cantik dan eksklusif. Selendang ini berkonsepkan minimalis satu warna dan dihasilkan daripada fabrik Shimmering Chiffon Crepe yang berkualiti tinggi.

Size: +- 175cm x 61 cm

Jom kita tengok dulu video di bawah, cara menggayakan Shawl Sephia ni. Mudah-mudahan kita mendapat idea dan tip-tip hebat dari video ini. 







Pilihan warna-warna baru untuk raya pada tahun ini: 
1. RED
                       

2. BABY PINK


3. BURGUNDY


4. TURQOISE


4. HIJAU LUMUT


5. ORANGE


6. PINK BELACAN :)


7. BLACK


8.  MUSTARD



9. ROYAL BLUE


10. TRUE PURPLE

Tuesday, 10 June 2014

Instant Shawl for Hari Raya..!!!


Assalamualaikum,
Memperkenalkan Instant Shawl terbaru dari PurpleSpring.

https://www.facebook.com/pages/PurpleSpring/233277740143223


Emily Lace: 

                                                                        ada 8 warna

Material: Chiffon (outer), cotton (inner)


di bawah adalah rupanya bila kita dah pakai instant shawl ni... sweet kan.... warna ni selling fast.



Warna hitam dah SOLD OUT! Harap maklum.

Layla Instant Shawl:

This is how Layla instant shawl looks like:

Ready for casual or everyday use. Simple, sweet and easy to wear. its like 1,2,3 & ready to go!!!!
Material: Chiffon (outer), cotton (inner)



Above is all patents that's available in our online store.


Terima kasih kepada yang sudah membeli, membooking & bertanya.

Untuk order sila whatsapp ke 012-221 5741.
Nama:
Alamat:
No tel:
Code: 'example (emily 3 / layla 5)'