Nuffnang Ads

Tuesday, 26 August 2014

TWO MOTHERS - KOREAN DRAMA CRAZE....

Pernah tengok tak drama ni - two mothers. Aku first time tengok dah banyak episod main. Bila tengok yang satu tu terus carik kat you tube. DAN melekat la aku sampai la sekarang. aku tengok kat KBS WORLD channel (astro). kat you tube pun ada KBS WORLD channel. boleh tonton di situ. 

Sekarang dah episod 50. Makin PANAS, PANAS, cerita ni. 


Besttt sangat.... kalau nak tengok di ASTRO setiap pagi pukul 8.35am di KBS WORLD channel. Isnin sampai jumaat.... 

TWO MOTHERS - watak utama yeonhui (jang seo-hee) n lee hwayeong (lee chae-young). Si Yeonhui ni masa hari wedding, die collapse. Rupanya die ada kanser rahim. akibat kanser tu die tak boleh mengandung lagi. Tapi die hidup bahagia dengan sang suami. Sehinggala satu hari si Lee hwayeong ni ternampak la yeonhui n sang suami.... hwayeong ni jeles la sebab nampak dorang ni sesangatla happy. so dari situ bermula la dedrama ni.... 

si mak mertua yeonhui pula, kemaruk nak dapat cucu, sebab nak pewaris. Jadila terpaksa la si yeonhui n sang suami tu menurut. mak mertua die cadangkan pakai ibu tumpang. terpaksa la dorang setuju. 

Skali si ibu tumpang tu adalah lee hwayeong, memula hwayeong ni tak nak, tapi sebab keadaan hidup susah n die tau itu adalah yeonhui so dia setuju. tetapi disebalik persetujuan tu, die ada plan. rupanya si lee hwayeong ni dendam kat yeonhui sbb die ingat yeonhui ni sebabkan abang die terbunuh n yeonhui ni buang anak die ngan abang nya. yeonhui n abang si hwayeong ni couple, tp biasala, disebabkan yeonhui ni anak orang kaya, keluarga hwayeong biasa2 aja, bapak si yeonhui tk restu la.. 

Jadi nak dipendekkan cerita, bila nak dah dapat duit upah dari jadi ibu tumpang tu, hwayeong ke US sambung belajar n kerja top2 di US, balik ke KOREA balik n buat chaos kat family yeonhui especially si yeonhui tu la. 

Episod terbaru hari ini, hwayeong dah jadi CEO di company bapak yeonhui. Family Yeonhui dah jatuh miskin n hwayeong pun dah pindah duduk skali dengan x-husband yeonhui. Macam mana jadi gini, korang tengok full episod kat you tube K. 

Jadi sekarang ni aku tak sabar nak tengok si Yeonhui ni bangkit balik lawan balik si Hwayeong ni sebab sekarang ni sejarah silam n hitam Hwayeong dah mula nak menonjolkan diri.... Geram2... 

Ada ketika kesian la dengan Hwayeong ni, tapi sebab die pandai buat muka jahat ni, aku geram je tengok!! si Yeonhui pulak, alahai punyala baik muka, nak gaduh ke lawan ngan Hwayeong pun lemah lembut ja. Geram jugak aku!!! lalallalal

Layannnnnn K....!!!!





Till we meet again..

Fidah

No comments:

Post a Comment