Nuffnang Ads

Friday, 22 August 2014

Welcome Home MH17

Selepas peristiwa pada 17/07/2014, hari ni sebanyak 20 jenazah kembali ke tanahair kita, Malaysia... 
Suasana syahdu menyelubungi bukan sahaja di KLIA, tetapi pada setiap rakyat Malaysia yang mengikuti siaran langsung pada hari ini 21/07/2014. 

Hari Jumaat ini adalah hari yang paling sedih aku rasa. Walaupun hanya menonton di TV, tapi kita sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal, fikiran dan perasaan, juga merasa sedih bila sahaja kapal terbang yang membawa kesemua 20 jenazah mendarat di KLIA. Sedih sangat apabila mengenang dan membayangkan bagaimana pada saat kesemua mereka pada ketika kejadian dan tergamak sungguh pelaku melakukan sebegitu. Sebak rasa dada melihat ceremony pada hari ini. Sebak lagi rasanya ahli keluarga mereka yang terlibat. Apa yang dapat kami sumbang pada hari ni dan hari mendatang adalah menyedekahkan Al-fatihah kepada yang telah pergi dan doa kami mengiringi kepada yang telah pergi dan mendoakan kepada ahli keluarga yang terlibat supaya sentiasa tabah mengharungi hari-hari yang mendatang. 

Semoga kesemua yang telah pergi ditempatkan dikalangan mereka2 yang beriman dan mendapat tempat di syurga mu YA ALLAH.... 

AMin...Aminnn.. yarabbal alamin....

Al-fatihah....

No comments:

Post a Comment